Rabu, 18 Julai 2018

10 LANGKAH ASAS MENGURUSKAN KEWANGAN KELUARGA

Assalamualaikum.


10 LANGKAH ASAS MENGURUSKAN KEWANGAN KELUARGA


Bergaji banyak belumlah tentu bermaksud anda kaya.
Bergaji sedikit juga belumlah tentu bermaksud anda miskin.
Tetapi, kalau anda tahu mengurus kewangan dengan baik, maka yang sedikit InsyaAllah diberkahi, yang banyak pula dicermati.
Bagaimana uruskan wang anda? 10 tips ini dapat membantu anda :

1) CATAT PERBELANJAAN ANDA SETIAP HARI

Ini untuk memudahkan anda keep track di mana duit anda paling banyak dihabiskan.
Makanan? Tempat-tempat hipster? Astro? Rokok? Pakaian atau tudung baru? Kerap tukar gadjet baru?
Bila dah dapat keep track trend perbelanjaan setiap bulan, kita akan dapat mengesan dan menganalisis cara kita berbelanja.
Jangan risau, kalau anda malas, anda boleh try download pelbagai apps untuk anda lakukan catatan ini dengan mudah.
Antaranya ada Money Lover, Spending Tracker dan lain-lain.
Simple saja, setiap kali makan atau setiap kali keluarkan duit, anda buka apps tu, masukkan je terus. Tak sampai seminit dah siap.

2) ANALISIS LEBIHAN DUIT ANDA SETIAP BULAN

Ada duit lebih tak setiap bulan? Macam mana nak tahu?
Senang saja. Berapa pendapatan anda sebulan? Ambillah semua jenis pendapatan yang ada.
Kalau anda ada satu sumber pendapatan saja, contohnya makan gaji, maka satu jenis pendapatan sajalah.
Kalau ada sumber-sumber pendapatan lain macam hasil sewakan rumah, bisnes dan lain-lain, boleh masukkan sekali.
Ambil pendapatan bersih anda ini (pastikan dah ketepikan potongan-potongan seperti EPF, SOCSO dan lain-lain), dan tolak dengan perbelanjaan bulanan yang anda dah catat macam dalam nombor 1 tadi.
Kalau tak ada lebihan, anda mungkin ada masalah kewangan.
Kalau defisit, anda di tahap kritikal.
Kalau anda ada lebihan, itu sudah bagus. Cuma kena tengok berapa lebihan tersebut supaya boleh ditingkatkan.

3) FOKUS MENYIMPAN !

Cuba amalkan formula ini setiap bulan.
Income – Saving = Expense
Dapat gaji saja, simpan dulu sebahagian. Minimum adalah 10% dari gaji. Kalau dapat simpan 50% gaji, lebih bagus dan sangat digalakkan.
Kesilapan kita adalah bila kita berbelanja dahulu sampai habis, lebihan itulah (kalau ada), baru dijadikan simpanan.
Kesannya, bila terjadi apa-apa, simpanan tak cukup untuk jadi backup.
Nak simpan di mana? Simpan je di Tabung Haji. Pelaburan bukan tempat menyimpan ye !

4) PENUHKAN TABUNGAN KECEMASAN DAHULU

Tabungan kecemasan atau emergency fund ini penting kalau jadi apa-apa pada anda, anda masih ada duit cash di tangan untuk digunakan.
Target supaya dicukupkan emergency fund itu minimum 3 bulan perbelanjaan.
Kalau contohnya perbelanjaan bulanan RM2000. Rm 2000 X 3, kena ada RM6000 sebagai emergency fund paling minimum.
Sebaiknya adalah gunakan ukuran 3 bulan gaji. Contohnya gaji RM3000 X 3, anda perlukan RM9000 sebagai emergency fund.
3 bulan adalah minimum. Lebih baik adalah 6 bulan perbelanjaan atau pendapatan.
Jika anda orang yang berbisnes sendiri, sangat disarankan untuk cukupkan 12 bulan punya perbelanjaan atau pendapatan dalam emergency fund.
Boleh letak di Tabung Haji juga emergency fund ini.

5) STRUKTUR SEMULA PERBELANJAAN JIKA TAK DAPAT MENYIMPAN

Kalau anda tak dapat menyimpan langsung, anda kena tengok semula perbelanjaan anda.
Mana-mana yang terlebih hipster sangat perbelanjaan tu, boleh ditolak buang dan tak perlu diteruskan lagi.
Poket anda mungkin cepat botak sebab anda kikis poket anda pada perbelanjaan tak perlu atau kurang utama.
Spending pada perkara yang tak perlu macam Astro, rokok, kekerapan makan di kedai hipster, selalu tukar gadjet boleh dikurangkan.
Tak apa, tak mati pun kalau kurangkan perbelanjaan pada benda-benda macam ni. Bahkan lebih bagus untuk anda juga sebenarnya.

6) TAMBAH PENDAPATAN

Jika anda ada satu sumber pendapatan saja buat masa sekarang dan kadarnya adalah minimum, anda mungkin perlukan sumber pendapatan tambahan untuk membantu kewangan anda.
Ataupun anda mungkin perlu cari kerja baru yang dapat berikan gaji lebih baik untuk anda.
Tetapi ingat ya, carilah kerja yang halal dan cuba imbangkan juga kehidupan anda. Jangan sampai kehidupan terabai.
Cari rezeki, cari rezeki juga. Tetapi jangan lupa jaga hubungan dengan Tuhan dan manusia. Seimbangkan hidup.

7) JAUHI HUTANG JAHAT

Hutang jahat ini adalah hutang yang menyebabkan anda terpaksa keluarkan duit poket anda dan tak menjana pulangan untuk anda.
Contoh hutang jahat adalah hutang personal loan/financing. Hutang credit card kalau anda tak pandai guna. Hutang kereta.
Hutang rumah jika anda tidak pandai menguruskannya dan salah strategi dalam memilih rumah (jika anda beli rumah untuk disewakan).
Kad kredit memang ada manfaatnya seperti anda akan dapat ganjaran dalam bentuk point, cashback dan sebagainya.
Tetapi kalau anda tidak ada kapasiti mengurus hutang dengan baik, pastikan anda tak terjebak dengan kad kredit.
Kalau nak guna juga, pastikan lepas anda guna, anda terus bayar tanpa tangguh-tangguhkan.
Hutang PTPTN pula, selesaikan secepat mungkin. Semakin lama anda biar, semakin ia menghantui diri anda.

8) PILIH KAWAN YANG BETUL

Kalau gaji anda tak besar sangat dan kawan pula selalu ajak anda lepak kedai-kedai hipster, anda hati-hati sikit. Ajak kedai mamak setiap malam pun penyakit juga.
Sama saja. Tambah lagi, lepas habis lepak, kawan minta pinjam duit atau sikit-sikit minta belanja.
Kalau setiap malam, dia minta pinjam, tak ke naya duit kita. Kawan, kawan juga. Tetapi kawan jenis hutang tak bayar ni, hati-hati sikit.
Untuk yang jenis macam ni, sebaiknya ada kesedaran sendiri untuk bayar makan minum sendiri kalau nak ajak lepak juga.
Janganlah ambil kesempatan atas kebaikan kawan anda.
Nak lebih baik, bancuh saja air di rumah dan minum. Boleh customize sendiri, kurangkan gula, dan dapat jaga kesihatan.

9) PASTIKAN ANDA ADA PROTECTION

Mungkin bila ada duit banyak, dah boleh menyimpan, orang fikir nak melabur pula. Tetapi sebelum anda melabur, pastikan diri anda telah ada takaful.
Takaful lebih utama untuk anda sebelum anda masuk melabur. Kerana melabur perlukan masa untuk duit anda compounding.
Tetapi takaful, apabila anda dah mula mencarum atau contribute, anda akan ada hak untuk dilindungi di bawah pakej amaun tertentu yang telah anda pilih.
Dalam takaful ini, anda boleh pilih mana satu nak diutamakan.
Jika tempat kerja anda beri coverage untuk perubatan, maka mungkin kurang keutamaan bagi anda untuk ambil medical card buat masa ini.
Anda boleh ambil medical card. Saya tak kata salah.
Tetapi lebih utama untuk anda ambil Family atau Life Takaful yang berperanan sebagai INCOME PROTECTION untuk anda.
Income protection bermaksud kalau terjadi kematian (dengan izin Allah), atau anda lumpuh tak boleh bekerja, anda atau waris anda akan dapat sejumlah amaun yang InsyaAllah boleh membantu untuk survive dalam beberapa tahun.

10) KEMBANGKAN DUIT ANDA

Bila nak kembangkan duit, pastilah pelaburan tempatnya.
Tetapi pelaburan ada banyak. Dan antara banyak-banyak pelaburan itu, pastikan anda jauhi pelaburan yang namanya scam atau MLM atau skim cepat kayap ni.
Jangan bulat mata sangat bila dengar geng scammers ni promot.
Dia punya janji awal memang manis, tetapi bila tersontot, muka dia jangan harap kita dapat berjumpa lagi. Dia ke mana, duit kita ke mana.
Nak pelaburan yang berautoriti, masuklah antaranya :
1.– Unit Trust
2.– Saham
3.– Pelaburan Hartanah
4.– Emas
5.– Amanah Hartanah Bumiputra (AHB)
6.– ASB
7.– Term Deposit
8.– dan sebagainya yang diiktiraf kesahihannya oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti.

Pastikan anda tahu prinsip dan konsep pelaburan bila masuk melabur. Dapatkan detail maklumat pelaburan anda.

Inilah antara 10 Langkah Bijak Kewangan.
Share post ini kepada rakan-rakan anda agar lebih ramai mendapat manfaat dan bijak mengurus wang.


PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (MG) 
SEDIA MEMBANTU BAGI SESIAPA YANG INGIN DIBANTU..
BUATLAH PERSEDIAAN DARI SEKARANG!!!!

MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911 (CALL/WSHAP/MESEJ)
DAKWAHKU UNTUK SEMUA

Ahad, 15 Julai 2018

3 PERKARA PENTING PEMEGANG POLISI INSURAN KENA TAHU!!!

Assalamualaikum...


3 JENIS 'TEMPOH PENTING' YANG SAYA SEBAGAI EJEN TAKAFUL WAJIB FAHAMKAN ANDA*

Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan Takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (Medical Card). Semua orang mahu dapatkan bilik rawatan yang selesa ketika dirawat di hospital.

Kesesakan yang berlaku di hospital- hospital milik kerajaan serta kos perubatan yang tinggi di hospital swasta antara faktor utama orang ramai mahu memiliki kad perubatan sendiri. Lebih selesa dan menjimatkan.

Pernah tak anda dengar pemegang polisi takaful tidak mendapat manfaat yang sepatutnya dari syarikat takaful? Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan seorang ahli politik yang ingin menyaman sebuah syarikat takaful disebabkan tidak berpuas hati dengan servis yang diterima.

Hal seperti ini terjadi biasanya disebabkan oleh salah faham atau kurang pengetahuan tentang polisi yang diambil. Oleh itu, sebagai seorang pelanggan kad perubatan, anda harus tahu beberapa 'tempoh penting' yang wujud di dalam polisi anda secara am.

*TEMPOH BERTENANG*

Tempoh bertenang ini juga disebut sebagai cooling period. Tempoh sepanjang 15 hari ini bermula sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh pihak takaful. Dalam tempoh ini, anda haruslah membaca dan memahami pelan takaful yang sudah anda ambil seperti yang tertulis di dalam buku polisi anda.

Jika anda tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma yang wujud di dalam buku polisi, anda berhak untuk membuat aduan kepada syarikat pengendali takaful seterusnya membatalkan polisi tersebut. Untuk makluman anda, caruman yang telah dibayar akan dipulangkan semula.

Sebelum ambil mana-mana kad perubatan yang ditawarkan, fahami dulu 'faktor-faktor penting dalam memilih kad perubatan.'

*TEMPOH MENUNGGU*

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

ii) 60 hari

Apa-apa penyakit kritikal yang terbentuk dalam tempoh 60 hari, penyakit tersebut akan dikecualikan dan tiada bayaran manfaat yang boleh dituntut.

iii) 30 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti, denggi, viral fever, bronchitis, diarhea, appendixes,  dan beberapa jenis lagi.

iv) 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

*TEMPOH SIASATAN*

Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (MG) 
SEDIA MEMBANTU BAGI SESIAPA YANG INGIN DIBANTU..
BUATLAH PERSEDIAAN DARI SEKARANG!!!!

MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911 (CALL/WSHAP/MESEJ)
DAKWAHKU UNTUK SEMUA

PERLU KE KAKITANGAN AWAM ADA INSURANS ????

Assalamualaikum....

PERLU KE ORANG KERJA KERAJAAN ADA INSURANS? RUGI TAK AMBIK SEBAB KERAJAAN DAH BAGI PERCUMA?

Dr Nurul Yusof
------------------------

🅰️Keistimewaan pegawai kerajaan di hospital kerajaan ialah mendapat rawatan percuma sahaja.

🅰️Tetapi senarai menunggu masih perlu diikut jika penyakit anda tidak urgent.

🅰️Urgent di sini maksudnya ialah kalau tidak dirawat segera, boleh mati. Makin segera kematian kalau tidak dirawat, makin urgentlah kes tersebut. Kalau tak rawat pun tak mati maksudnya tak urgent dan boleh masuk ke senarai menunggu.

🅰️Dalam senarai menunggu, siapa yang datang dulu dia dapat. Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit. Walaupun orang tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.

🅰️Perkara ini memang digunapakai di semua hospital kerajaan sejak dahulu lagi.

🅰️Saya yang doktor ini kalau mahu mendapatkan rawatan pun, saya perlu ikut procedure ini. Walaupun doktor bedah itu kawan kelas saya dulu. Saya masih kena hormat polisi, undang-undang dan pesakit lain yang sudah berada di senarai menunggu. Jika saya nak cepat, saya perlu pergi ke hospital swasta dan bayar apa yang mereka sudah tetapkan. Melainkan jika saya ada insurans. Insurans akan bayar untuk pihak saya.

🅰️Mesti anda tertanya-tanya kan, kenapa kerajaan lembap sangat, tak upgarde sistem ke? Sebenarnya kerajaan dah banyak tambah dan besarkan hospital dan klinik kesihatan. Tetapi saya pun heran, sebab setiap kali kerajaan tambah hospital, tambah staf, tambah besar ruang hospital/klinik, setiap kali itu juga pesakit pun tiba-tiba bertambah ramai memenuhi ruang yang baru sahaja dibuat tersebut. Entah daripada mana semua orang ini datang pun sukar untuk saya kenal pasti. Tetapi, apa yang pasti adalah fasiliti kesihatan kerajaan masih lagi digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia.

🅰️Berbeza dengan swasta yang hanya digunakan oleh segelintir masyarakat kita terutamanya golongan yang kaya. Kerana itulah pesakit di hospital swasta tidak ramai berbanding di hospital kerajaan.

🅰️Tempat duduk ruang menunggu hospital swasta selalu banyak kosong walaupun tidak begitu banyak kerusi disediakan. Berbeza dengan hospital kerajaan yang tempat duduk di ruang menunggunya (walaupun banyak macam dalam wayang) penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri. Jadi sebab itu, hospital swasta boleh untuk melakukan pembedahan atau apa-apa procedure sebaik sahaja penyakit dikesan. Hospital swasta tidak memerlukan senarai menunggu kerana tidak ramai pesakit yang datang ke hospital mereka. Pembedahan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun sebenarnya ianya tidak begitu urgent. Lagi pun, orang kaya selalunya rajin buat senaman dan makan makanan yang sihat. Jadi mereka biasanya hidup lebih lama dan masih kekal sihat.

🅰️Saya bukan nak buat promosi, tapi memang bagus kalau ada insurans. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai yang dah ada penyakit sebelum umur 30 tahun pun. Baru masuk umur 40 tahun ada yang dah masuk hospital banyak kali.

🅰️Ingat, walaupun anda kerja kerajaan dan dapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tetapi anda masih tetap perlu mengikut polisi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau anda jenis kurang sabar, sila ambil insurans untuk anda dan keluarga.


PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (MG) 
SEDIA MEMBANTU BAGI SESIAPA YANG INGIN DIBANTU..
BUATLAH PERSEDIAAN DARI SEKARANG!!!!

MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911 (CALL/WSHAP/MESEJ)
DAKWAHKU UNTUK SEMUA

INSURANS RUMAH = MRTT VS MLTT ????

Assalamualaikum...


Insurans Rumah : MRTT vs MLTT 

Pertama sekali, sebelum anda ketahui perbandingan antara MRTT dan MLTT, anda kena faham terlebih dahulu maksud MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT.

MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA – Mortgage Level Term Assurance
MLTT – Mortgage Level Term Takaful

Perkataan ‘Reducing‘ , ‘Level‘ , ‘Assurance‘ & ‘Takaful‘ membezakan setiap pelan pelindungan yang anda pilih.

Bahasa mudahnya untuk anda faham, perkataan assurance merujuk kepada insuran konvensional manakala takaful- islamic insuran yang patuh syariah. Sebagai muslim, mahu atau tidak pilihan terbaik yang kita adalah produk dari takaful.

Jom kita lihat sedikit point penting perbezaan antara MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT.

Perbezaan MRTT vs MLTT

Untuk pengetahuan anda, bank selalunya akan menawarkan MRTA/MRTT untuk perlindungan loan rumah anda. Ada yang tanya wajib ke kena ambil MRTA/MRTT? Jawapannya adalah tidak wajib.

Walaupun tidak wajib,bank sebagai pemberi pinjaman ,mereka berhak untuk ‘secure’ pinjaman yang diberikan. Salah satu sebab yang paling utama, MRTA/MRTT adalah lebih selamat pada pihak bank kerana bayaran untuk plan ini dibayar sekali sahaja atau dimasukkan bersama loan anda.

Mungkin anda rasa seperti dipaksa oleh bank tapi persoalannya, jika anda tiada MRTA/MRTT siapa yang akan bayar baki loan rumah jika berlaku musibah kematian kepada anda(peminjam)?



Kita ambil contoh kisah Ahmad. Saya sendiri pun tak kenal Ahmad ni. Beli rumah dengan pinjaman RM500k. Ambil MRTA/MRTT dengan harga RM15k, boleh dibayar lumpsum atau dimasukkan ke dalam loan.

Yang pastinya,ramai orang diluar sana malas nak fikir,masukkan saja sekali dengan loan.Nah,bayar sekali dengan interest.

Tempoh pinjaman 30 tahun. Andaikan berlaku kematian pada Ahmad pada tahun ke 15 bayaran pinjaman.Baki loan RM250k lagi di bank akan diselesaikan oleh pihak insuran.Selesai dan hanya dapat sebuah rumah.



Jadi, sampai disini dah faham bagaimana MRTA/MRTT berfungsi?

Okay seterusnya seperti yang saya katakan diatas, MRTA/MRTT bukan satu kewajiban kerana anda masih ada alternatif lain iaitu dengan mengambil MLTA/MLTT.

Ramai sekarang yang memilih untuk mengambil MLTA/MLTT. 

Memiliki plan ini untuk perlindungan loan rumah anda memerlukan komitmen pembayaran secara berkala, bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.

Plan ini mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh pelindungan. Salah satu yang menarik tentang plan ini, jumlah nilai simpanan ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan anda bagi menyelesaikan baki loan rumah anda. Loan anda dilindungi dan hutang pun cepat selesai.

MLTA/MLTT ini juga anda boleh ‘attach’ dengan rider-rider perlindungan tambahan yang lain seperti manfaat sakit kritikal, manfaat kematian akibat kemalangan dan banyak lagi.

Jika anda seorang penggila hartanah, mempunyai lebih dari sebuah rumah, anda boleh consider untuk memiliki plan ini memandangkan plan ini boleh boleh melindungi kesemua pinjaman loan rumah anda dalam satu plan yang sama.

Saya beri contoh yang mudah untuk anda faham.

Si Jamil Membuat pinjaman loan rumah RM500,000 dan mengambil MLTT perlindungan untuk loan RM500,000 dengan bayaran bulanan RM250/sebulan.

Tempoh pinjaman Jamil adalah 30 tahun.

Pada tahun ke 15, Jamil meninggal.

Isteri beliau akan menerima pampasan MLTT berjumlah RM500,000 + cash value (nilai simpanan semasa)

Baki loan RM250,000 lagi akan diselesaikan melalui Pampasan RM500,000 + cash value. Selepas ditolak hutang loan, baki di tangan isteri adalah RM250,000 + cash value (simpanan).

Wow!

Rumah dapat, instant cash pon dapat! Pastinya bebanan kewangan isteri dan anak anak lebih ringan. Isteri dan anak-anak boleh survive dengan duit itu! Betulkan?

Fikir fikir dulu.


PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (MG) 
SEDIA MEMBANTU BAGI SESIAPA YANG INGIN DIBANTU..
BUATLAH PERSEDIAAN DARI SEKARANG!!!!

MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911 (CALL/WSHAP/MESEJ)
DAKWAHKU UNTUK SEMUA

KAD PERUBATAN "FULL COVER VS SMART SAVER 300"

Assalamualaikum..

Bawah PruBSN Takaful Takaful ada 2 jenis medical card:
.
1) Full Cover (FC)
2) Smart Saver 300 (SS300)
.
Jenis FC ni, pihak takaful akan menanggung semua bil rawatan hospital anda. Manakala untuk jenis SS300, peserta perlu menanggung bil hospital sebanyak RM300.
.
Contohnya, Ali warded disebabkan sakit batu karang dan menjalani pembedahan dengan jumlah bil hospital RM10,000. Pihak takaful akan menanggung sepenuhnya bil hospital Ali sekiranya dia pemegang kad jenis FC.
.
Sekiranya Ali pemegang kad jenis SS300, Ali perlu membayar bil sebanyak RM300, manakala pihak takaful akan menanggung sebanyak RM9700.
.
Nampakkan perbezaan dia?
.
Untuk pengetahuan semua, medical card jenis Full Cover hanya boleh dimohon sehingga hujung bulan ini sahaja. Hanya medical card jenis SS300 yang akan ditawarkan bermula bulan Julai. Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk anda mohon medical card FC 😱!
.
Sesiapa yang berhajat memiliki mana-mana jenis kad perubatan ini boleh PM saya untuk penerangan lanjut 👨‍💼 atau cari mana mana agent PRUBSN yang anda kenal atau percaya.


PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (MG) 
SEDIA MEMBANTU BAGI SESIAPA YANG INGIN DIBANTU..
BUATLAH PERSEDIAAN DARI SEKARANG!!!!

MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911 (CALL/WSHAP/MESEJ)
DAKWAHKU UNTUK SEMUA