Rabu, 19 Jun 2019

KISAH TAULADAN SI PEMILIK TAKAFUL



Assalamualaikum 

Al Kisah...... 

- SI ALI & TAKAFUL-

◎ 1 May 2017 ◎
Si Ali seorang Engineer, satu hari dia diajak kawannya untuk sign up Takaful dibawah Prudential, mulanya dia menolak sebab dia fikir takaful ni tak penting tapi selepas dipujuk beberapa kali, akhirnya dia join dengan caruman RM 250 walaupun dengan hati yang berat.

◎ 3 May 2017 ◎
Antara hobi yang diminati adalah kayuh basikal 🚴🏻‍♂️💨. Ali ni siap ada geng basikal lagi . Pada petang tu, dia dengan geng beramai-ramai kayuh basikal di kawasan kampung. Masa tengah kayuh, dia terpandang seorang wanita cantik. Apalagi, khusyuk punya pasal Ali terjatuh dari basikal dan alami pendarahan di bahagian lutut dan siku. Miang sangat, mendapatlah ‼️ 😁So, dia segera dapatkan rawatan di klinik swasta dan dikenakan kos rawatan dalam RM 100.
Yang buat dia pelik, dia boleh claim RM 100 tu.

◎ 20 May 2017 ◎
Jarak rumah Ali ketempat kerja ambil masa lebih kurang 25 minit dan dia pergi naik kereta. Masa tengah memandu, ada sebuah kereta Saga 🚘laju terbabas dan akhirnya langgar kereta yang Ali naik. Kemalangan tersebut menyebabkan tulang peha dan tulang tangan dia patah. Ali ada medical card, terus dibawa ke hospital swasta. Pembedahan masuk besi bagai, kos rawatan RM 20,000 semuanya ditanggung Prudential.
Makin bingung la si Ali ni, carum tak sampai sebulan tapi dah dicover hingga RM 20,100.

◎ 2 tahun kemudian...20 May 2019 ◎
Ali disahkan menghidap penyakit jantung stage 2. Masuklah Ali sekali lagi ke hospital 👨🏼‍⚕️sekali lagi untuk buat rawatan jantung. Kos rawatan puluhan ribu ditanggung sepenuhnya oleh Prudential.
Kali ni Ali tak bingung dah sebab dia dah faham Takaful ni betul-betul bermanfaat buat dia.

◎ 3 June 2019 ◎
Masa tengah tidur, jantung Ali buat masalah. Dipendekkan cerita, dia terus dibawa ke hospital tapi Allah lebih sayang Ali, dia meninggal dalam perjalanan 🚑.
2 bulan selepas kematian Ali, kawannya Ajen Prudential datang bawa cek Hibah bernilai RM 100,000 💰💰dan bagi kepada keluarganya.
.
.
.
Sepanjang 3 tahun, 2017-2019. Nampak tak bagaimana Takaful dah bantu Ali?
√ RM 100 - Claim kemalangan kecil
√ RM 20,000 - Kos rawatan kemalangan kereta
√ Puluhan ribu - Kos rawatan jantung
√ RM 100,000 - Hibah buat keluarga

P/s: Penat karang ni tau, nak bagi kawan muka buku faham. Mohon baca ye 
Jadikan pengajaran disebalik kisah yang telah banyak berlaku.

Buang yang keruh, ambil yang jernih, jangan fikir negatif tentang keburukan insuran takaful je,
cuba lihat dan pandang apa kebaikan yang banyak disebaliknya.

SEMOGA BERMANFAAT 

MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
PRUBSN TAKAFUL MGKB
013-3742911

PRUBSN WARISAN

PRUBSN WARISAN

Dah buat checklist duit yang ada dengan kita hari ini???

Rm10 = ADA *dalam poket seluar
Rm100 = ADA *dalam dompet
Rm1,000 = ADA *dalam bank
Rm10,000 = ADA *dalam ASB
kalau ada.....
Rm100,000 = ada ker? 
*saya dah ada, letak kat PruBSN Takaful.
Bagus tak jika macam ni.

Promosi PruBSN WARISAN bermula dari mencarum rm100 sebulan untuk dapat rm250,000! 
Jom register

bayaran bulanan dipengaruhi :
- usia
- pekerjaan
- merokok atau tidak merokok

PM saya :
MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911

WHATSHAP :
- tarikh lahir
- pekerjaan
- merokok / tidak
* pengiraan percuma sahaja

Kredit : khai prubsn takaful

PELAN PRU ANUGERAH_1


"PRUBSN ANUGERAH"

Encik Ali bin Abu
Kerja juruteknik komputer, kelas pekerjaan 2
Tidak merokok
Bayaran sebulan RM181.00

Manfaat yang dapat =
1- Hibah Takaful kpd insan tersayang RM50.000

2- Pampasan sekiranya sakit kritikal RM30.000

3- kad perubatan tiada limit seumur hidup
- had tahunan kad perubatan RM300.000
- boleh masuk wad RM300.00/sehari
- kena bayar RM300.00 jew bagi setiap permulaan penyakit, selebihnya ditanggung PruBSN (SmartSaver300)

4- masuk hospital kerajaan(warded) 1 hari boleh claim RM150.00/hari

5- bagi wanita komplikasi kehamilan ditanggung sebanyak RM6000.00 setahun

6- apabila berlaku kemalangan kecil, bil perubatan itu boleh di claim semula maksimum RM2000.00 (kemalangan sahaja)

7- dapat manfaat imunisasi haji setiap 3 tahun sebanyak RM300.00

8- simpanan
- 10 tahun ada dlm RM9000.00
- 20 tahun ada dlm RM23000.00
- 30 tahun ada dlm RM53000.00
- simpanan boleh dikeluarkan dengan meninggalkan minima RM2000.00 dlm akaun

9- Had tahunan tambahan sebanyak RM300.000 sekiranya disahkan penyakit KANSER, SERANGAN JANTUNG dan KEGAGALAN BUAH PINGGANG.

Apa lagi yang anda mahukan??
Jangan salah faham, perlindungan takaful bukan menjanjikan hidup sampai bila bila atau pasti tidak akan sakit,

Yang pasti,
Perlindungan takaful boleh meringankan bebanan yg kita tidak pernah terfikir akan ada terutama KOS RAWATAN YANG TINGGI

"TIADA SEORANG PUN INGIN SAKIT"

"APA YANG PASTI HOSPITAL SENTIASA PENUH"

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL MGKB
MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911

Rabu, 12 September 2018

ANTARA SEBAB ORANG MELAYU TIDAK PERCAYA TAKAFUL

Assalamualaikum.


5 Sebab Orang Melayu Tak Percaya Pada Takaful





Ini mungkin antara skrip yang paling biasa kita dengar daripada orang yang belum terbuka hati untuk mengambil sebarang bentuk pelan Takaful.
Jadi, tak hairanlah laporan menunjukkan bahawa masih ramai orang Malaysia, terutamanya Melayu Muslim yang belum sedar untuk mengambil mana-mana pelan Takaful. Pelan Takaful ini majoritinya dikuasai bukan Islam yang lebih percaya kepada sistem kewangan ini. Sumber : Kesedaran takaful umat Islam sangat rendah
Antara sebab-sebab orang Melayu tak percaya pada Takaful adalah:

1. Tawakal Cukuplah

“Mana boleh jual beli dengan nyawa. Haram!” 
“Saya percaya Allah. Allah akan lindung saya. Tak payah tak payah.”

Pertamanya, konsep Takaful nampaknya tak cukup jelas dan ada pula membandingkannya dengan tawakal atau berserah pada ketentuan Tuhan.
Sedangkan, produk Takaful yang patuh syariah sebenarnya direka berdasarkan konsep Ta’awun – iaitu membantu antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan.
Mungkin disebabkan faktor budaya dan kepercayaan, orang Malaysia, terutamanya orang Melayu masih lagi belum berkesedaran untuk memiliki sebarang pelan perlindungan.
Alasannya cukup mudah, kerana ibu bapa mereka tak pernah ambil Takaful – dan kehidupan mereka nampak OK saja setakat ini. Malah, ada yang cukup mewah walaupun tak beli Takaful. Habis tu, buat apa membazir beli Takaful?

2. Belum Mampu Lagi

Walaupun ada sebahagian besar yang memahami keperluan dan kebaikan Takaful, tapi beranggapan yang mereka belum lagi mampu untuk memilikinya.
Tidak dinafikan bahawa polisi Takaful biasanya adalah paling ideal bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak. Tapi sebenarnya, sebaik saja kita mempunyai pendapatan, kita sepatutnya sudah memiliki Takaful. Bahkan, ia lebih ideal untuk dimiliki sejak muda kerana harganya akan menjadi lebih mahal kalau kita lewat mencarum.
Kalau masa sihat sudah kata tak mampu mencarum Takaful, bagaimana pula nanti jika ditimpa musibah?

3. Menyampah Dengan Ejen Yang Suka Memaksa

“Encik ni tak sayang keluarga ke?”
“Kalau Encik mati dulu, apa jadi dengan anak bini nanti?”
“Janganlah pentingkan diri. Takaful ni bukannya mahal pun Puan.”Sakit hati tengok ejen-ejen Takaful yang buat iklan atau approach begini. Mulanya ada pasang niat juga nak ambil pelan Takaful. Tapi, disebabkan cara mereka yang agak ‘annoying’ ini, terus tangguhkan hasrat!
Jadi, kalau ada ejen-ejen yang membaca, kalau pun anda sekadar bertujuan untuk ‘provoke’ dan membangkitkan kesedaran, gunalah ayat yang berhemah. Cara yang ‘kasar’ begini memang tak sesuai, terutamanya dengan orang kita yang penuh adat dan sensitif. Seperkara lagi, jangan pula terlalu mendesak hingga asyik telefon setiap hari dan berpura-pura rapat dengan seseorang semata-mata untuk melariskan jualan.

4. Nanti Ejen Yang ‘Kaya’

“Kalau kita beli Takaful, ejen itulah yang untung. Kita pula rugi sebab membayar setiap bulan kepada ejen tersebut. Senang-senang dia boleh kaya dengan duit kita…”
Memang betul ejen insurans akan dapat komisyen, tetapi sebenarnya ejen adalah pemudahcara untuk kita mendapatkan Takaful yang bersesuaian. Boleh saja kalau nak beli Takaful tanpa ejen dan ‘direct’ melalui bank. Tapi dengan adanya ejen ini, banyak kelebihannya juga. Cuma kita perlu bijak cari ejen yang bagus benar-benar jujur dalam menjual produk mereka, bukan sekadar mendapatkan keuntungan semata-mata.
Mereka boleh beri nasihat dan perancangan kewangan, bantu kita isi borang untuk tuntutan, atau mereka selalunya ada masa untuk ingatkan kita untuk update dan review polisi.

5. Lama Dah Ada Takaful Ni…

Ya, kita pernah beli masa bujang dulu, tapi kita beli yang paling murah dan tak pernah update. Entah apa yang ada dalam polisi itu pun kita dah lupa. Cuma tahu bayar bulan-bulan pakai auto-debit.
Apabila kita membeli produk yang terlalu asas, ia boleh menyukarkan seseorang untuk mendapat perlindungan yang mencukupi. Nanti bila jadi apa-apa, barulah kita komplen sebab tak dapat claim dan sebagainya. Sedangkan, ia tidak termasuk dalam polisi atau perjanjian Takaful tersebut.
Menurut pakar kewangan, kalau mengikut kepada rule of thumbnilai polisi Takaful yang paling sesuai dengan kita adalah bernilai 10 kali ganda daripada jumlah gaji tahunan kita. Maka, bagi yang berkeluarga, mereka perlu lebih bijak memilih pelan Takaful yang bersesuaian.
Perancangan Kewangan Jangka Masa Panjang
Takaful mewujudkan bantuan kewangan supaya hidup kita dipermudahkan dan kita redha dengan takdir atau musibah yang telah ditetapkan ke atas hamba-Nya yang beriman. Takaful juga adalah perancangan kewangan jangka masa panjang yang sebenarnya berbaloi untuk dimiliki.
Apapun, bukan mudah nak tukar mindset orang kita kan?

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (MG) 
SEDIA MEMBANTU BAGI SESIAPA YANG INGIN DIBANTU..
BUATLAH PERSEDIAAN DARI SEKARANG!!!!

MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911 (CALL/WSHAP/MESEJ)
DAKWAHKU UNTUK SEMUA

Rabu, 18 Julai 2018

10 LANGKAH ASAS MENGURUSKAN KEWANGAN KELUARGA

Assalamualaikum.


10 LANGKAH ASAS MENGURUSKAN KEWANGAN KELUARGA


Bergaji banyak belumlah tentu bermaksud anda kaya.
Bergaji sedikit juga belumlah tentu bermaksud anda miskin.
Tetapi, kalau anda tahu mengurus kewangan dengan baik, maka yang sedikit InsyaAllah diberkahi, yang banyak pula dicermati.
Bagaimana uruskan wang anda? 10 tips ini dapat membantu anda :

1) CATAT PERBELANJAAN ANDA SETIAP HARI

Ini untuk memudahkan anda keep track di mana duit anda paling banyak dihabiskan.
Makanan? Tempat-tempat hipster? Astro? Rokok? Pakaian atau tudung baru? Kerap tukar gadjet baru?
Bila dah dapat keep track trend perbelanjaan setiap bulan, kita akan dapat mengesan dan menganalisis cara kita berbelanja.
Jangan risau, kalau anda malas, anda boleh try download pelbagai apps untuk anda lakukan catatan ini dengan mudah.
Antaranya ada Money Lover, Spending Tracker dan lain-lain.
Simple saja, setiap kali makan atau setiap kali keluarkan duit, anda buka apps tu, masukkan je terus. Tak sampai seminit dah siap.

2) ANALISIS LEBIHAN DUIT ANDA SETIAP BULAN

Ada duit lebih tak setiap bulan? Macam mana nak tahu?
Senang saja. Berapa pendapatan anda sebulan? Ambillah semua jenis pendapatan yang ada.
Kalau anda ada satu sumber pendapatan saja, contohnya makan gaji, maka satu jenis pendapatan sajalah.
Kalau ada sumber-sumber pendapatan lain macam hasil sewakan rumah, bisnes dan lain-lain, boleh masukkan sekali.
Ambil pendapatan bersih anda ini (pastikan dah ketepikan potongan-potongan seperti EPF, SOCSO dan lain-lain), dan tolak dengan perbelanjaan bulanan yang anda dah catat macam dalam nombor 1 tadi.
Kalau tak ada lebihan, anda mungkin ada masalah kewangan.
Kalau defisit, anda di tahap kritikal.
Kalau anda ada lebihan, itu sudah bagus. Cuma kena tengok berapa lebihan tersebut supaya boleh ditingkatkan.

3) FOKUS MENYIMPAN !

Cuba amalkan formula ini setiap bulan.
Income – Saving = Expense
Dapat gaji saja, simpan dulu sebahagian. Minimum adalah 10% dari gaji. Kalau dapat simpan 50% gaji, lebih bagus dan sangat digalakkan.
Kesilapan kita adalah bila kita berbelanja dahulu sampai habis, lebihan itulah (kalau ada), baru dijadikan simpanan.
Kesannya, bila terjadi apa-apa, simpanan tak cukup untuk jadi backup.
Nak simpan di mana? Simpan je di Tabung Haji. Pelaburan bukan tempat menyimpan ye !

4) PENUHKAN TABUNGAN KECEMASAN DAHULU

Tabungan kecemasan atau emergency fund ini penting kalau jadi apa-apa pada anda, anda masih ada duit cash di tangan untuk digunakan.
Target supaya dicukupkan emergency fund itu minimum 3 bulan perbelanjaan.
Kalau contohnya perbelanjaan bulanan RM2000. Rm 2000 X 3, kena ada RM6000 sebagai emergency fund paling minimum.
Sebaiknya adalah gunakan ukuran 3 bulan gaji. Contohnya gaji RM3000 X 3, anda perlukan RM9000 sebagai emergency fund.
3 bulan adalah minimum. Lebih baik adalah 6 bulan perbelanjaan atau pendapatan.
Jika anda orang yang berbisnes sendiri, sangat disarankan untuk cukupkan 12 bulan punya perbelanjaan atau pendapatan dalam emergency fund.
Boleh letak di Tabung Haji juga emergency fund ini.

5) STRUKTUR SEMULA PERBELANJAAN JIKA TAK DAPAT MENYIMPAN

Kalau anda tak dapat menyimpan langsung, anda kena tengok semula perbelanjaan anda.
Mana-mana yang terlebih hipster sangat perbelanjaan tu, boleh ditolak buang dan tak perlu diteruskan lagi.
Poket anda mungkin cepat botak sebab anda kikis poket anda pada perbelanjaan tak perlu atau kurang utama.
Spending pada perkara yang tak perlu macam Astro, rokok, kekerapan makan di kedai hipster, selalu tukar gadjet boleh dikurangkan.
Tak apa, tak mati pun kalau kurangkan perbelanjaan pada benda-benda macam ni. Bahkan lebih bagus untuk anda juga sebenarnya.

6) TAMBAH PENDAPATAN

Jika anda ada satu sumber pendapatan saja buat masa sekarang dan kadarnya adalah minimum, anda mungkin perlukan sumber pendapatan tambahan untuk membantu kewangan anda.
Ataupun anda mungkin perlu cari kerja baru yang dapat berikan gaji lebih baik untuk anda.
Tetapi ingat ya, carilah kerja yang halal dan cuba imbangkan juga kehidupan anda. Jangan sampai kehidupan terabai.
Cari rezeki, cari rezeki juga. Tetapi jangan lupa jaga hubungan dengan Tuhan dan manusia. Seimbangkan hidup.

7) JAUHI HUTANG JAHAT

Hutang jahat ini adalah hutang yang menyebabkan anda terpaksa keluarkan duit poket anda dan tak menjana pulangan untuk anda.
Contoh hutang jahat adalah hutang personal loan/financing. Hutang credit card kalau anda tak pandai guna. Hutang kereta.
Hutang rumah jika anda tidak pandai menguruskannya dan salah strategi dalam memilih rumah (jika anda beli rumah untuk disewakan).
Kad kredit memang ada manfaatnya seperti anda akan dapat ganjaran dalam bentuk point, cashback dan sebagainya.
Tetapi kalau anda tidak ada kapasiti mengurus hutang dengan baik, pastikan anda tak terjebak dengan kad kredit.
Kalau nak guna juga, pastikan lepas anda guna, anda terus bayar tanpa tangguh-tangguhkan.
Hutang PTPTN pula, selesaikan secepat mungkin. Semakin lama anda biar, semakin ia menghantui diri anda.

8) PILIH KAWAN YANG BETUL

Kalau gaji anda tak besar sangat dan kawan pula selalu ajak anda lepak kedai-kedai hipster, anda hati-hati sikit. Ajak kedai mamak setiap malam pun penyakit juga.
Sama saja. Tambah lagi, lepas habis lepak, kawan minta pinjam duit atau sikit-sikit minta belanja.
Kalau setiap malam, dia minta pinjam, tak ke naya duit kita. Kawan, kawan juga. Tetapi kawan jenis hutang tak bayar ni, hati-hati sikit.
Untuk yang jenis macam ni, sebaiknya ada kesedaran sendiri untuk bayar makan minum sendiri kalau nak ajak lepak juga.
Janganlah ambil kesempatan atas kebaikan kawan anda.
Nak lebih baik, bancuh saja air di rumah dan minum. Boleh customize sendiri, kurangkan gula, dan dapat jaga kesihatan.

9) PASTIKAN ANDA ADA PROTECTION

Mungkin bila ada duit banyak, dah boleh menyimpan, orang fikir nak melabur pula. Tetapi sebelum anda melabur, pastikan diri anda telah ada takaful.
Takaful lebih utama untuk anda sebelum anda masuk melabur. Kerana melabur perlukan masa untuk duit anda compounding.
Tetapi takaful, apabila anda dah mula mencarum atau contribute, anda akan ada hak untuk dilindungi di bawah pakej amaun tertentu yang telah anda pilih.
Dalam takaful ini, anda boleh pilih mana satu nak diutamakan.
Jika tempat kerja anda beri coverage untuk perubatan, maka mungkin kurang keutamaan bagi anda untuk ambil medical card buat masa ini.
Anda boleh ambil medical card. Saya tak kata salah.
Tetapi lebih utama untuk anda ambil Family atau Life Takaful yang berperanan sebagai INCOME PROTECTION untuk anda.
Income protection bermaksud kalau terjadi kematian (dengan izin Allah), atau anda lumpuh tak boleh bekerja, anda atau waris anda akan dapat sejumlah amaun yang InsyaAllah boleh membantu untuk survive dalam beberapa tahun.

10) KEMBANGKAN DUIT ANDA

Bila nak kembangkan duit, pastilah pelaburan tempatnya.
Tetapi pelaburan ada banyak. Dan antara banyak-banyak pelaburan itu, pastikan anda jauhi pelaburan yang namanya scam atau MLM atau skim cepat kayap ni.
Jangan bulat mata sangat bila dengar geng scammers ni promot.
Dia punya janji awal memang manis, tetapi bila tersontot, muka dia jangan harap kita dapat berjumpa lagi. Dia ke mana, duit kita ke mana.
Nak pelaburan yang berautoriti, masuklah antaranya :
1.– Unit Trust
2.– Saham
3.– Pelaburan Hartanah
4.– Emas
5.– Amanah Hartanah Bumiputra (AHB)
6.– ASB
7.– Term Deposit
8.– dan sebagainya yang diiktiraf kesahihannya oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti.

Pastikan anda tahu prinsip dan konsep pelaburan bila masuk melabur. Dapatkan detail maklumat pelaburan anda.

Inilah antara 10 Langkah Bijak Kewangan.
Share post ini kepada rakan-rakan anda agar lebih ramai mendapat manfaat dan bijak mengurus wang.


PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (MG) 
SEDIA MEMBANTU BAGI SESIAPA YANG INGIN DIBANTU..
BUATLAH PERSEDIAAN DARI SEKARANG!!!!

MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911 (CALL/WSHAP/MESEJ)
DAKWAHKU UNTUK SEMUA

Ahad, 15 Julai 2018

3 PERKARA PENTING PEMEGANG POLISI INSURAN KENA TAHU!!!

Assalamualaikum...


3 JENIS 'TEMPOH PENTING' YANG SAYA SEBAGAI EJEN TAKAFUL WAJIB FAHAMKAN ANDA*

Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan Takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (Medical Card). Semua orang mahu dapatkan bilik rawatan yang selesa ketika dirawat di hospital.

Kesesakan yang berlaku di hospital- hospital milik kerajaan serta kos perubatan yang tinggi di hospital swasta antara faktor utama orang ramai mahu memiliki kad perubatan sendiri. Lebih selesa dan menjimatkan.

Pernah tak anda dengar pemegang polisi takaful tidak mendapat manfaat yang sepatutnya dari syarikat takaful? Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan seorang ahli politik yang ingin menyaman sebuah syarikat takaful disebabkan tidak berpuas hati dengan servis yang diterima.

Hal seperti ini terjadi biasanya disebabkan oleh salah faham atau kurang pengetahuan tentang polisi yang diambil. Oleh itu, sebagai seorang pelanggan kad perubatan, anda harus tahu beberapa 'tempoh penting' yang wujud di dalam polisi anda secara am.

*TEMPOH BERTENANG*

Tempoh bertenang ini juga disebut sebagai cooling period. Tempoh sepanjang 15 hari ini bermula sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh pihak takaful. Dalam tempoh ini, anda haruslah membaca dan memahami pelan takaful yang sudah anda ambil seperti yang tertulis di dalam buku polisi anda.

Jika anda tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma yang wujud di dalam buku polisi, anda berhak untuk membuat aduan kepada syarikat pengendali takaful seterusnya membatalkan polisi tersebut. Untuk makluman anda, caruman yang telah dibayar akan dipulangkan semula.

Sebelum ambil mana-mana kad perubatan yang ditawarkan, fahami dulu 'faktor-faktor penting dalam memilih kad perubatan.'

*TEMPOH MENUNGGU*

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

ii) 60 hari

Apa-apa penyakit kritikal yang terbentuk dalam tempoh 60 hari, penyakit tersebut akan dikecualikan dan tiada bayaran manfaat yang boleh dituntut.

iii) 30 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti, denggi, viral fever, bronchitis, diarhea, appendixes,  dan beberapa jenis lagi.

iv) 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

*TEMPOH SIASATAN*

Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (MG) 
SEDIA MEMBANTU BAGI SESIAPA YANG INGIN DIBANTU..
BUATLAH PERSEDIAAN DARI SEKARANG!!!!

MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911 (CALL/WSHAP/MESEJ)
DAKWAHKU UNTUK SEMUA

PERLU KE KAKITANGAN AWAM ADA INSURANS ????

Assalamualaikum....

PERLU KE ORANG KERJA KERAJAAN ADA INSURANS? RUGI TAK AMBIK SEBAB KERAJAAN DAH BAGI PERCUMA?

Dr Nurul Yusof
------------------------

🅰️Keistimewaan pegawai kerajaan di hospital kerajaan ialah mendapat rawatan percuma sahaja.

🅰️Tetapi senarai menunggu masih perlu diikut jika penyakit anda tidak urgent.

🅰️Urgent di sini maksudnya ialah kalau tidak dirawat segera, boleh mati. Makin segera kematian kalau tidak dirawat, makin urgentlah kes tersebut. Kalau tak rawat pun tak mati maksudnya tak urgent dan boleh masuk ke senarai menunggu.

🅰️Dalam senarai menunggu, siapa yang datang dulu dia dapat. Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit. Walaupun orang tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.

🅰️Perkara ini memang digunapakai di semua hospital kerajaan sejak dahulu lagi.

🅰️Saya yang doktor ini kalau mahu mendapatkan rawatan pun, saya perlu ikut procedure ini. Walaupun doktor bedah itu kawan kelas saya dulu. Saya masih kena hormat polisi, undang-undang dan pesakit lain yang sudah berada di senarai menunggu. Jika saya nak cepat, saya perlu pergi ke hospital swasta dan bayar apa yang mereka sudah tetapkan. Melainkan jika saya ada insurans. Insurans akan bayar untuk pihak saya.

🅰️Mesti anda tertanya-tanya kan, kenapa kerajaan lembap sangat, tak upgarde sistem ke? Sebenarnya kerajaan dah banyak tambah dan besarkan hospital dan klinik kesihatan. Tetapi saya pun heran, sebab setiap kali kerajaan tambah hospital, tambah staf, tambah besar ruang hospital/klinik, setiap kali itu juga pesakit pun tiba-tiba bertambah ramai memenuhi ruang yang baru sahaja dibuat tersebut. Entah daripada mana semua orang ini datang pun sukar untuk saya kenal pasti. Tetapi, apa yang pasti adalah fasiliti kesihatan kerajaan masih lagi digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia.

🅰️Berbeza dengan swasta yang hanya digunakan oleh segelintir masyarakat kita terutamanya golongan yang kaya. Kerana itulah pesakit di hospital swasta tidak ramai berbanding di hospital kerajaan.

🅰️Tempat duduk ruang menunggu hospital swasta selalu banyak kosong walaupun tidak begitu banyak kerusi disediakan. Berbeza dengan hospital kerajaan yang tempat duduk di ruang menunggunya (walaupun banyak macam dalam wayang) penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri. Jadi sebab itu, hospital swasta boleh untuk melakukan pembedahan atau apa-apa procedure sebaik sahaja penyakit dikesan. Hospital swasta tidak memerlukan senarai menunggu kerana tidak ramai pesakit yang datang ke hospital mereka. Pembedahan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun sebenarnya ianya tidak begitu urgent. Lagi pun, orang kaya selalunya rajin buat senaman dan makan makanan yang sihat. Jadi mereka biasanya hidup lebih lama dan masih kekal sihat.

🅰️Saya bukan nak buat promosi, tapi memang bagus kalau ada insurans. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai yang dah ada penyakit sebelum umur 30 tahun pun. Baru masuk umur 40 tahun ada yang dah masuk hospital banyak kali.

🅰️Ingat, walaupun anda kerja kerajaan dan dapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tetapi anda masih tetap perlu mengikut polisi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau anda jenis kurang sabar, sila ambil insurans untuk anda dan keluarga.


PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (MG) 
SEDIA MEMBANTU BAGI SESIAPA YANG INGIN DIBANTU..
BUATLAH PERSEDIAAN DARI SEKARANG!!!!

MUHAMMAD LUKMAN BIN MAT RAHIM
013-3742911 (CALL/WSHAP/MESEJ)
DAKWAHKU UNTUK SEMUA